Monday, February 23, 2009

Our artist














































Costumes


Sejarah MKLPAG

Seni dan budaya adalah elemen penting dalam sesebuah tamadun manusia. Dengan tujuan untuk memartabatkan seni dan budaya tempatan, Telekom Malaysia telah menubuhkan Unit Kebudayaannya sendiri pada tahun 1989.

Sememangnya telah menjadi hasrat Telekom Malaysia untuk memperkenalkan dan mempopularkan kesenian Malaysia serta meningkatkan lagi imej Telekom Malaysia di seluruh negara.

Bermula 1 Julai 2005, unit di serahkan di bawah jagaan Menara Kuala Lumpur dan diberi nama baru

Kumpulan Kesenian Menara Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur Performing Arts Group

Diantara peranan Kumpulan ini ialah untuk memperkenalkan dan mempopularkan seni budaya khususnya di Menara Kuala Lumpur, sebagai identiti budaya bangsa seterusnya meningkatkan imej kesenian ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Kumpulan ini juga dijadikan sebagai entiti yang mengendali perkhidmatan persembahan dan kepakaran dari segi komersil dan menghasilkan satu badan kesenian yang professional.

Antara-antara persembahan dan perkhidmatan unit ini ialah kombo asli / jazz, kumpulan kompang, gamelan, kumpulan penari tradisional/moden, penyanyi, penyambut/usherette, kelas tarian, sewaan baju dan sebagainya.

Kumpulan Kesenian Menara Kuala Lumpur berjaya membuktikan kemampuan mengadakan persembahan-persembahan untuk majlis-majlis pertunjukan, majlis makan malam, mengiringi tarian-tarian ataupun mengiringi penyanyi popular tanah air.

Antara persembahan tersebut ialah persembahan di acara-acara peringkat negeri dan kebangsaan yang di hadiri oleh DYMM Agong dan Sultan, Perdana Menteri dan Menteri-menteri kabinet seperti Perasmian Stadium Bowling Padang Bayuemas di Klang, perasmian pecah tanah Putrajaya, perasmian Muzium Telekomunikasi Negara, Pesta Pulau Pinang selama sebulan, KL Tower International Tower Jump, Le Tour de Langkawi, Majlis Golf persahabatan DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong bersama Telekom Malaysia dan banyak lagi.

Pihak Tourism Malaysia juga telah memberi kepercayaan terhadap Kumpulan ini untuk mengadakan persembahan di dalam negara seperti perasmian Tahun Melawat Malaysia 2007 di KLIA dan program Citrawarna di Terminal LCC. Anggota-anggota kumpulan ini juga telah dijemput mengadakan persembahan di luar negara seperti di Brunei, Hong Kong, Scotland, Perancis dan Poland.